Keluaran Angry Birds

Versi terawal permainan ini untuk iOS mempunyai satu episod yang bertajuk "Poached Eggs" (Kecurian Telur), yang terdiri daripada tiga bab bertema, setiap satunya ada 21 tahap. Dari masa ke semasa, Rovio mengeluarkan kemas kini percuma yang merangkumi bahan kandungan tambahan, seperti tahap baru, objek baru dalam permainan dan juga burung baru. Setiap kali kemas kini dikeluarkan, ia juga diterapkan dalam versi penuh permainan yang ditawarkan untuk muat turun dari kedai aplikasi setiap platform.[21]

Kemas kini pertama yang dikeluarkan pada Februari 2010 menambahkan episod baru bertajuk "Mighty Hoax" (Penipuan Hebat) yang mengandungi dua bab baru dengan 21 tahap setiap satu. Kemas kini yang keluar pada April 2010 menambahkan ciri Golden Eggs (Telur Emas) yang menyorokkan telur emas di seluruh permainan, yang mana telur emas ini akan merungkai kandungan bonus apabila dijumpai; dan satu episod baru "Danger Above" (Bahaya di Atas), yang mengandungi satu bab 15 tahap. Dua kemas kini yang berikut menambahkan dua lagi bab, setiap satu 15 tahap, ke dalam episod "Danger Above". Episod "The Big Setup" (Perangkap Besar) yang keluar pada Jun 2010, menambahkan bab baru dengan 15 tahap dan juga tahap-tahap Golden Egg yang baru.[22] "The Big Setup" kemudiannya diberi dua lagi bab 15 tahap setiap satu.

Episod kelima, "Ham 'Em High" yang dilancarkan pada Disember 2010, sempena ulang tahun pertama permainan ini di iOS App Store.[21][23] "Ham 'Em High" mengandungi 15 tahap dalam satu bab,[24] disusuli kemas kini pada Februari 2011 dan Mac 2011 yang setiap satunya menambahkan satu bab 15 tahap yang baru.[25][26] "Ham 'Em High" turut memperkenalkan Mighty Eagle (Helang Perkasa), sejenis burung baru yang boleh digunakan sekali sejam untuk menyelesaikan sebarang tahap yang belum siap.[24] Mighty Eagle juga boleh digunakan dalam tahap-tahap yang disiapkan tanpa had sejam sekali, untuk bermain permainan mini "Total Destruction" (Kebinasaan Penuh) yang mana pemain cuba memusnahkan sebanyak mana hiasan latar yang boleh dengan burung-burung biasa dan Mighty Eagle sekali; kemusnahan 100% mengganjarkan sehelai bulu Mighty Eagle kepada pemain untuk tahap berkenaan.[24]

Mighty Eagle ditawarkan sebagai belian sekali dalam permainan,[21] dan buat masa ini hanya terdapat untuk iOS, kerana pelanggan App Store memegang akaun iTunes yang sedia disambungkan dengan kad kredit.[27]

Episod keenam, "Mine and Dine", keluar pada 16 Jun 2011 dengan 15 tahap baru dan seekor telur emas yang baru.[28]

Episod yang ketujuh, iaitu "Birdday Party", keluar pada 11 Disember 2011 sempena ulang tahun kedua keluaran pertama versi iOS ke dalam iTunes App Store,[29] dengan memperkenalkan burung jingga yang muncul dalam Angry Birds Seasons.

Episod kelapan, iaitu "Surf and Turf" yang asalnya merupakan episod eksklusif Angry Birds Facebook, diterapkan dalam Angry Birds yang asli pada 20 Mac 2012, mula-mula dengan 15 tahap pertama.[30][31]

Rujukan

WikiPedia: Angry Birds http://www.3dsfocus.com/2011/02/angry-birds-confir... http://www.abstractiongames.com/news.html http://www.allaboutsymbian.com/reviews/item/12402_... http://www.androidauthority.com/angry-birds-season... http://www.androidcentral.com/angry-birds-here/ http://heikki.angrybirds.com/ http://www.angrybirdsnest.com/2011/03/angry-birds-... http://www.angrybirdspiglantis.com http://appadvice.com/appnn/2010/06/angry-birds-rec... http://itunes.apple.com/us/app/angry-birds-hd/id36...